KELUARGAKU

family galery

Tuesday, July 20, 2010

Akhirnya....

Alhamdulillah.... akhirnya, putera dan puteriku berjaya membuktikan sesuatu. walaupun ia hanya sebagai permulaan namun aku bangga kerana hala tuju mereka seakan di atas landasan yang benar lagi tepat.

Muhammad Noor Azam yang sebelumnya menyarung jersi Selangor pada MSSM di Perlis membuktikan kehebatannya di kejohanan asia di Beijing China dengan mengumpul 4.5 mata, manakala adindanya, Zainoor Ikmal Maisarah berjaya mencuri tumpuan pada kejohanan asean di Filipina dengan pingat perak bagi kategori rapid, sekali lagi membuktikan kehebatannya dengan mendapat tempat ke-9 di Beijing dan menjadi antara pemain Malaysia yang berkedudukan tertinggi di sana