KELUARGAKU

family galery

Monday, August 16, 2010

CATUR RUPANYA BUKAN SEKADAR SUKAN

Genap dua tahun MC mengikuti sukan catur secara dalam dan dekat. Ternyata sukan ini secara sedar atau tidak kian dipaliti warna-warna pudar, dek oleh kononnya pencinta setianya. Sewaktu pemain sedang sibuk bertarung strategi dan mengintai kelemahan lawan, orang tertentu pula sedang sibuk bercaturan di luar medan pertempuran. Ada yang sedang bercaturan untuk mencari faedah kendiri, malahan ada juga yang dalam senyum cuba mencheckmatekan kawan. Lebih malang lagi ada antaranya yang sanggup berbuat apa sahaja asalkan anak-anak rakan baiknya tidak akan terus maju ke hadapan. Biarpun mulutnya manis berbicara namun di belakang lain pula ceritanya.

Thursday, August 12, 2010

REZEKI DAN DUGAAN 2010

ALHAMDULILLAH......Bersyukur aku yang tak terkira kepada ALLAH swt kerana sepanjang berlarinya 2010 ini rezeki demi rezeki dilimpahkan buat keluargaku. Bermula dengan APC aku jUa isteriku. anak2 Yang cemerlang dalam sukan catur d peringkat antarabangsa. Sesungguhnya kejayaan demi kejayaan ini serta rezeki yang menghujani ternyata adalah pemberian yang amat bermakna buat aku sekelurga. Apapun dugaan yang perlu dihadapi oleh kami juga agak hebat. kereta dipecah. beg tangan dilarikan dan jumlah wang yang lesap juga hampir 5k, inilah kehidupan,

Tuesday, July 20, 2010

Akhirnya....

Alhamdulillah.... akhirnya, putera dan puteriku berjaya membuktikan sesuatu. walaupun ia hanya sebagai permulaan namun aku bangga kerana hala tuju mereka seakan di atas landasan yang benar lagi tepat.

Muhammad Noor Azam yang sebelumnya menyarung jersi Selangor pada MSSM di Perlis membuktikan kehebatannya di kejohanan asia di Beijing China dengan mengumpul 4.5 mata, manakala adindanya, Zainoor Ikmal Maisarah berjaya mencuri tumpuan pada kejohanan asean di Filipina dengan pingat perak bagi kategori rapid, sekali lagi membuktikan kehebatannya dengan mendapat tempat ke-9 di Beijing dan menjadi antara pemain Malaysia yang berkedudukan tertinggi di sana

Monday, March 1, 2010

Hulu Selangor Rapid 1, 2010



Penampilan pertama Zainoor Ikmal Munirah (5 Tahun) mencuri tumpuan. Dia yang berjaya mendapat 2 points hasil dua kemenangannya menerima anugerah pemain termuda daripada pihak penganjur. Apa yang membanggakan ialah kedua-dua kemenangan tersebut adalah secara checkmate dan bukannya secara bye. Semoga kejayaan ini akan menjadi dorongan untuknya untuk terus bersemangat untuk mendalami catur selepas ini.



Zainoor Ikmal Munirah sedang menunggu lawannya bergerak sebelum merencanakan sesuatu. Ini adalah antara game yang dilaluinya.


Apa tengok-tengok ?. Macam nak ice cream jaa....

Skyhawk@UM Team Open 2010




Thursday, February 25, 2010

AZAM@PEARL POINT, 2010

Sunday, February 21, 2010

Muhd Noor Azam Champion Of Under-11 Pearl Point Age Group Chess Tournament 2010

At the Pearl Point Mall today, 21st February 2010, Muhd Noor Azam was declared the champion for the under-11 age group at the Pearl Point Age Group Chess Tournament 2010.

He finished with 7.0 points of eight rounds of rapid play. In second place is Puteri Rifqah Fahada Azhar with 6.5 points, while in third place, Nurul Aina Rohizan with 6.0 points. Fourth, Nithyalakshmi Sivanesan with 5.5 points and fifth, Alakarthika Ulaganathan with 5.0 points.

Congratulations to all winners!

Ranking after round 8 of PEARL POINT 2010 U-11

No. PNo. Name Score WP SB PS rat. TPR W-We

-------------------------------------------------------------------------------

1. 3 MUHD NOOR AZAM MOHD NOOR 7.0 39.5 33.50 33.0 1387 1613 +1.80

2. 1 PUTERI RIFQAH FAHADA 6.5 38.0 29.00 31.5 1552 1495 -0.38

3. 4 NURUL AINA ROHIZAN 6.0 39.5 26.00 27.0 1338 1420 +0.80

4. 2 NITHYALAKSHMI SIVANESAN 5.5 40.5 27.00 23.5 1484 1351 -1.00

5. 5 ALAKARTHIKA ULAGANATHAN 5.0 40.5 21.50 25.0 1290 1344 +0.52

6. 16 MUHD ZAIFUL ROSLAN 5.0 31.0 17.00 20.0 1023 1337 +2.50

7. 17 AFIQ MOHD JAMIL 5.0 29.0 15.50 19.0 0000 1192 1192

8. 15 MUHD HAFIDZUDDIN JUNAIDI 4.5 35.0 15.25 20.5 1045 1214 +1.24

9. 14 TAN KEIGEN 4.5 27.5 9.25 15.5 1061 1172 +0.75

10. 6 WONG JUN MING 4.0 37.5 16.00 20.0 1231 1032 -1.60

11. 10 HANY QISTINA SYAHRUL ZAFIE 4.0 36.5 15.00 21.0 1117 1143 +0.20

12. 11 NUR FAQIHAH AMINUDDIN 4.0 33.0 11.50 21.0 1109 1230 +0.96

13. 8 IZZANUDDIN IRMAN AMINUDDIN 4.0 32.5 11.00 18.0 1151 1009 -0.72

14. 13 CHEONG PENG SAM 4.0 26.5 9.50 17.0 1085 1125 +0.32

15. 21 MUHD SHAFIQ MD HAFFIS 4.0 22.0 6.00 13.0 0000 877 877

16. 7 MUHD IHSAN SYAHIRAN 3.0 33.0 9.00 15.0 1197 491 -2.70

18 ANIS NABILA AHMAD ZUHDI 3.0 31.0 9.00 13.0 0000 1058 1058

12 MOK KHYE ZEN 3.0 29.5 7.00 14.0 1097 938 -0.95

9 KABIL VARMEN 3.0 27.5 5.00 15.0 1120 887 -1.45

20. 20 HAZIQ AIMAN SYAHRUL 2.0 22.5 1.00 8.0 0000 445 445

21. 19 DINA FAQIHAH KHALIM 1.0 24.5 0.00 6.0 0000 422 422

22. 22 SUHAGENI 0.0 27.5 0.00 0.0 0000 417 417


Copy from :MR JAX THAM (Excel Chess)

Z.I MAISARAH@PEARL POINT,2010

Sunday, February 21, 2010

Puteri Munajjah Az-Zahraa Is Champion for Pearl Point Age Group Chess Championship 2010, Under - 9

Here are the final round 8 rankings for the Under 9 age group where Puteri Munajjah Az-Zahraa finished tops with 7.0 points from eight rounds of rapid play being held at Pearl Point Mall, Jalan Kelang Lama, Kuala Lumpur on the 21st February 2010.

In joint-second are Jagathees Gunabalan and Zainoor Ikmal Maisarah, both with 6.0 points. While in fourth place is Yee Jian Yang with 5.5 points.

Ranking after round 8 of PEARL POINT 2010 U-9

No. PNo. Name Score WP SB PS rat. TPR W-We

-------------------------------------------------------------------------------

1. 1 PUTERI MUNAJJAH AZ-ZAHRAA 7.0 38.5 33.50 33.0 1447 1587 +1.00

2. 3 JAGATHEES GUNABALAN 6.0 41.5 29.00 28.0 1309 1432 +1.15

3. 10 ZAINOOR IKMAL MAISARAH 6.0 38.0 25.00 27.0 1171 1402 +1.55

4. 2 YEE JIAN YANG 5.5 41.5 26.75 27.5 1384 1358 -0.26

5. 7 HEE ZI QI 5.0 39.0 20.50 22.0 1222 1240 +0.18

6. 5 HEMANT SATHISH 5.0 38.0 20.00 23.0 1277 1215 -0.45

7. 6 EMIR RUSYAIDI AHMAD NAZARI 5.0 37.0 20.50 27.0 1254 1256 +0.00

8. 4 GURUGOWTHAM ULAGANATHAN 5.0 36.0 19.00 24.0 1295 1234 -0.48

9. 14 MUHD FAQIH AMINUDDIN 5.0 32.5 17.00 18.0 0953 1076 +0.48

10. 11 MOK SHU ZING 4.0 35.0 14.50 20.0 1166 1118 -0.24

11. 17 KONG DAK NAM 4.0 34.5 13.50 18.0 0000 1040 1040

12. 12 LOH YI KEAT 4.0 31.0 12.00 20.0 1129 588 -0.96

13. 15 BAUSCH KOH SIAN KUAN 4.0 30.0 9.00 15.0 0000 953 953

14. 19 NICHOLAS CHIN 4.0 28.5 9.50 15.0 0000 468 468

15. 9 EVAN LOO HSIEN RONG 3.5 33.5 9.75 17.5 1215 994 -1.74

16. 22 RAJA BAZIL BOT 3.0 29.5 6.50 12.0 0000 385 0

20 NUR FAIQAH AMINUDDIN 3.0 26.5 7.00 18.0 0000 1066 1066

18. 23 TIMOTHY CHIN 2.5 25.0 4.25 12.0 0000 893 893

24 WONG KAR KIN 2.5 24.0 3.75 6.5 0000 1113 0

16 HAZIQ MIKHAIL SYAHRUL ZAFI 2.5 23.0 3.75 9.5 0000 1077 0

21. 18 MUHD SYUKUR RAZALI 1.5 23.5 4.25 4.0 0000 499 0

22. 13 CHONG ZHI CHEE 1.0 26.5 1.50 7.0 1097 654 -0.42

23. 21 PRAVIN 0.0 28.0 12.25 0.0 0000 538 0

8 TAN SHUN JIN 0.0 27.5 12.25 0.0 1222 - +0.00


Copy from Excel Chess (MR.JAX THAM)

Monday, February 22, 2010

PEARL POINT AGES GROUP 2010


Para pemenang bergambar kenangan selepas majlis penyampaian hadiah pertandingan catur pearl point yang telah diadakan pada 21 Februari 2010.

Muhammad Noor Azam muncul johan bawah 11 tahun dengan mengumpul 7/8.


Puteri Rifqah Azhar~Naib Johan bawah 11 tahun


Puteri Munajjah Azhar~Johan bawah 9 tahun


Zainoor Ikmal Maisarah~Ketiga bawah 9 tahun


Muhammad Noor Azam ketika menentang pemain dari India


Perlawanan akhir di antara Azam dan Nithia (Negeri 9)



Pairing untuk pusingan terakhir~Round ke-8

Round ke-5, Azam vs Aina (KL)


Maisarah ketika menunggu round ke-8 hendak dimulakan

Friday, February 19, 2010

MAISARAH (MALAYSIA) VS GERLYN WONG (SINGAPORE)



Setelah 13 steps berlalu, Zainoor Ikmal Maisarah telah berjaya memperdayakan lawannya, Gerlyn Wong dari Singapura. Maisarah yang bermain buah hitam dilihat mendominasi game ini sejak dari awal lagi. Dia mengamalkan corak permainan menyerang dan akhirnya pertahanan lawan tak berdaya lagi untuk menyelamatkan Kingnya.....Tahniah

MALAYSIA VS SINGAPORE



KONTIGEN WANITA MALAYSIA 2010


ZAINOOR IKMAL MAISARAH BT MOHAMAD NOOR










Thursday, February 4, 2010







Alhamdulillah... Syukur kepada Allah yang telah mengurniakan ku sebuah keluarga yang sebegini. Aku bukannya orang kaya yang hidup dengan limpah ruahnya ongkos, namun aku bahagian kerana kekayaan bagiku adalah harta-harta ku yang tidak ternilai, isteri dan anak-anak ku selain bonda dan sanak saudara. Sesekali melepaskan batuk penatnya kerja bagiku adalah dengan membawa anak isteriku berjalan-jalan. Bagiku, destinasinya tidak semestinya yang mewah nan mahal, cukuplah sekadar ianya tidak akan bakal mengundang bebanan di kemudian hari. Yang pentingnya ialah bagaimana pengisian percutian itu harus dirancang agar ia meninggalkan kesan yang amat hebat untuk anak-anak.

Selalunya, usia ku akan berjalan secara rigid, iaitu kerja pada hari Isnin hinggalah Jumaat dan terkadang Sabtu dan Ahad. Jika ada kelapangan Sabtu dan Ahad pula, akan aku isikan dengan menghantar putera puteriku ke mana-mana sahaja adanya pertandingan catur. Walaupun ianya memerlukan RM, namun demi anak-anak akan cuba kugagahinya jua.

Sehingga ke hari ini setelah dedaun kalendar 2010 terjatuh satu per satu, beberapa kejayaan telah berjaya dilakarkan oleh mereka. Antaranya pada kejohanan Jeram-Kuala Selangor Open, bakal ke NAG di Penang (Mac) dan mewakili pasukan kebangsaan(Feb). Sesekali, jika ada kelapangan sebegini, terasa seronoknya menghabiskan masa bersama keluarga. Membelai anak-anak, bermain bersama, serta melayan karenah mereka amat menghiburkan.

Putera sulungku, Muhammad Noor Azam, kini sudah 11 tahun dan bakal menduduki UPSR pada tahun hadapan. Dia telah kutukarkan ke SK Taman Bunga Raya (1) untuk bersama adindanya, Zainoor Ikmal Maisarah yang kini sudah berada dalam tahun 2. Alhamdulillah, Azam yang sering menjadi antara pelajar terbaik di sekolah lamanya dulu, masih berupaya berada di kelas terawal di sekolah barunya ini, manakala Maisarah juga masih mengekalkan pencapaiannya. Kedua-dua mereka kini adalah pengawas sekolah. Jauh di lubuk hati aku dan isteriku, sehingga ke hari ini, alhamdulillah segala apa yang kami rancang dan hajatkan untuk mereka berdua masih berjalan lancar. Puteri bongsuku, Zainoor Ikmal Munirah (5Tahun) semakin hebat dan menjadi dalam setiap apa yang dilakukannya. Terima Kasih Allah kerana kau telah perkenankan semua doa kami. Dia masih berjaya mengekalkan kedudukan nombor 1 yang telah dipegangnya sedari usianya 3 tahun lagi dan kini pencapaiannya dalam sukan caturpun semakin baik.

Saturday, January 30, 2010

WIRAWAN DAN WIRAWATI MALAYSIA

LIST OF SHORTLISTED PLAYERS
* REPRESENTATION OF MATCH CATEGORY WILL BE AT THE DISCRETION OF THE TEAM MANAGER

OFFICIAL PLAYERS (MALE)
Abd Shukor Mustapha
Amier Hamzah Mohd Zuhri
Danish Hamzah AH.Noor Akbar
Edward Lee Kim Han
Evan Timothy Capel
Ismail Ahmad
IM Jimmy Liew Chee Meng
Lim Kian Hwa
Lim Winsen
IM Lim Yee Weng
IM Mas Hafizulhilmi
Mohd Aziz Farhan Noor Akbar
Mohd Sirajuddin Ahmad Fuad
IM Mok Tze Meng
Muhd Izz Saifuddin
FM Nicholas Chan
FM Ooi Chern Ee
Sumant Subramaniam
Tan Jun Feng
Tan Wei Hao
Tan Yong Zhao
Wong Jianwen
Wong Yinn Long
IM Wong Zi Jing
Yeoh Chin Seng
Yeap Eng Chiam
Yeoh Li Tian

RESERVE PLAYERS
Derek Poon
Justin Ong-Way
Lim Chuin Hoong
Lim Zhuo Ren
Ng Tze Han
FM Peter Long

OFFICIAL PLAYERS (FEMALE)
Alia Anin Azwa Bakri
Fairuz Hamizah Bt Ahmad Fuad
Hoh Tjin Li
Nur Munirah Bt Mat Rahim
WCM Nur Nabila Azman Hisham
WFM Nur Najiha Azman Hisham
Nur Shazwani Bt Zullkafli
Pavitranayagi Jayamurthey
Puteri Rifqah Fahada Azhar
Tan Li Ting
Teh De Zen
Teh Kai Wen
Renitha Narayanan
Roslina Marmono
WIM Siti Zulaikha Mohd Foudzi
Winnie Hong
Zainoor Ikmal Maisarah Bt Mohamad Noor

RESERVE PLAYERS
Camilia Johari
Ee Sun Xin
Hoh Tjin Hui
Nur Islamurni Yahaya
Fong Mee Yen
Maisarrah Noor Akbar
Nithyalakshmi Sivanesan
Olivia Madhavan
Puteri Munajjah Az- Zahra Azhar
Sarika Subramaniam

Malaysia’s Officials
Head of Delegation : Hj Ibrahim Abu Bakar
Team Manager : IA En.Ibrahim Yaacob
Chaperon : Pn. Haslindah Ruslan
Captain : En.Ismail Ahmad and Roslina Marmono
Arbiter : IA Abd Hamid Majid

Minda Catura ucapkan Selamat Berjuang dan semoga berjaya mengharumkan nama negara...
Sumber; Malaysian Chess Federation

Tuesday, January 12, 2010


Tahun 2010 memulakan perjalanannya dengan langkah kanan buat pecatur cilikku, Zainoor Ikmal Maisarah. Ini kerana buat pertama kalinya beliau akan menyarung jersi kebanggaan negara yang bakal bertemankan logo Jalur Gemilang. Beliau adalah antara peserta Malaysia yang bakal beraksi pada kejohanan yang bakal dilangsungkan pada 15 hingga 17 Februari 2010 nanti. Tahniah dan syabas ayahanda, bonda, dan semua sanak saudara ucapkan. Semoga anakanda bakal melakukan yang terbaik demi mengharumkan nama negara yang tercinta...Amin.

Friday, January 8, 2010

Catur dilondeh dari kalender MSSM

MC bercuti panjang sebelum ini atas sebab-sebab peribadi dan rasanya pun mungkin akan kembali menjengah ruangan ini tetapi mungkin tidak secepat ini pada jangkaan awalnya. Namun setelah mendengar rintihan demi rintihan dari murid-murid yang murung dengan berita pengguguran sukan catur dari kalendar MSSM 2010, MC terpanggil jua untuk menitipkan sesuatu. Mungkin apa yang bakal diungkapkan diruangan ini tidak akan dipedulikan oleh pembuat keputusan di atas sana tetapi setidak-tidaknya apa yang terbuku tetap juga akan dilepaskan sebagai mewakili pencinta sukan ini terutamanya murid-murid yang amat memerlukan sijil mewakili negeri masing-masing sebagai sokongan untuk memohon ke asrama penuh selepas UPSR nanti. Ingatlah, jika ini sememangnya akan terus begini, maka andalah (pembuat keputusan) yang bertanggungjawab dalam menghancurkan peluang anak bangsa kita untuk memohon ke asrama penuh nanti. Mungkin pengguguran ini tidak akan menjadi kudis bagi anak-anak pembesar yang hanya berurusan melalui telefon sahaja untuk menempatkan anak mereka di sekolah mana tetapi bagaimana pula bagi golongan marhaen yang tiada sebarang kabel dalam apa juga saiznya ?

Alasan kewangan atas pengguguran ini dirasakan bukan sahaja tidak wajar, malahan tidak bijak. Ini adalah kerana sukan ini bukan sahaja merupakan kegiatan kokurikulum sahaja, lebih dari itu ia juga merupakan sukan yang amat rapat dengan perkembangan mental murid yang juga dapat membantu dalam aspek pencapaian akademik seseorang. Sebut sahaja pemain catur, apa yang jelas kebanyakan atau juga kesemuanya dari kalangan murid-murid yang menghuni kelas yang bijak. Murid-murid ini yang berpotensi cerah untuk mendapatkan 5A dalam UPSR dan lazimnya juga mereka ini bukanlah dari kalangan murid-murid yang hebat dalam sukan-sukan berbentuk lasak lain, yang mana faktor fizikal dan kekerasan mereka adalah diperlukan.Jika benar kewangan menjadi alasan, rasanya ada lagi permainan yang disenaraikan pada kalendar MSSM yang lebih wajar dibekukan. Tika kita sedang bergembira dengan komitmen Menteri Belia dan Sukan untuk memartabatkan sukan ini, pada masa yang sama seolah-olah nesan sedang disiapkan untuk sukan ini. Wow !!! Hebatnya kita. Apakah pula yang bakal dijawab oleh KPM bila orang bertanyakan tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan ? Bukankah dalam falsafah tersebut jelas menyebut .......melahirkan insan yang seimbang dari segi Jasmani, Emosi, Rohani, dan Intelek. Jika kita teliti berdasarkan FPK ini, kesemua unsur JERI ini terdapat dalam sukan yang bernama CATUR !!!!

MC hairan, kenapa kegiatan lain yang boleh dipertikaikan keberkesanannya tidak pula digantung buat sementara waktu sedangkan catur pula yang telah dimangsakan. Mungkinkah ketika kita sedang merintih tentang berita malang ini, masih ada lagi mesyuarat - mesyuarat dan majlis-majlis diadakan di tempat-tempat yang hebat bersama makanan yang begitu lazat dihidangkan. Apatah lagi pembaziran penggunakan aircond dan sebagainya di pejabat pembuat keputusan. Atau mungkinkah selepas ini kita perlu memaksa anak-anak kita menjadi sedikit kasar dan lasak dengan harapan dapat mewakili pasukan sekolah mereka dalam sukan bola sepak, bola jaring, ragbi dan sebagainya walaupun itu bukanlah kebolehan mereka ? Kenyataan ini bukan lah untuk memberikan klasifikasi yang lebih rendah bagi penggemar sukan ini kerana MC sendiri pun ketika bersekolah adalah merupakan pemain negeri Kedah bagi sukan bola sepak dan olahraga tetapi sekadar untuk menyedarkan pihak tertentu yang minat serta kebolehan seseorang murid adalah berbeza.

Adakah kejayaan demi kejayaan pencatur muda kita selama ini masih belum berupaya membuka mata pembuat keputusan betapa hebatnya murid-murid kita dan masa depan sukan ini dalam mengharumkan nama negara. Ternyata kejayaan Nabila mendapat WCM, Najihah dengan WFM dan sebagainya hanya dilihat seakan nombor pendaftaran kenderaan sahaja bagi sesetengah pihak sedangkan hampir saban tahun, ada sahaja GM-GM dari luar negara yang datang bertandang dan bertarung di negara kita. Jika beginilah sikap mereka, rakyat kita tidak mungkin akan berpeluang untuk melihat GM yang pertama dari negara kita ataupun GM yang mereka tahu hanyalah Ganeral Motor yang berpangkalan di Amerika sahaja, tidak lebih dari itu.

Marilah sama-sama kita berdoa agar sukan ini dan murid -murid yang terlibat tidak menjadi mangsa percaturan pembuat keputusan atas nama kegawatan ekonomi mahupun perbelanjaan berhemat sedangkan pada masa yang sama ada lagi perkara yang dirasakan tidak perlu masih lagi diteruskan oleh mereka.

Thursday, January 7, 2010

CUTI-CUTI MALAYSIA















AZAM MAKIN DEWASA









Alhamdulillah, akhirnya majlis yang telah dirancang dalam detik waktu yang agak singkat telah berjaya diselesaikan dan ini bermakna puteraku kini bertambah matang. Moga kematangan ini akan mendatangkan manfaat dalam pelajaran dan permainan caturnya.