KELUARGAKU

family galery

Wednesday, December 14, 2011

Lega Rasanya

Alhamdulillah....Syukur kepada ALLAH S.W.T. Setelah bertungkus lumus sepanjang tahun 2011 ini dengan pelbagai jenis pertandingan di dalam dan luar negeri dan mengumpul beberapa kejayaan yang membanggakan, dapat juga putera ku ini membahagikan masa dengan sebaiknya untuk menghadapi UPSR. Setelah 5A berjaya digenggam, kini perjalanan kedewasaannya bermula di fasa yang seterusnya. Semoga semuanya akan lebih baik di Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor nanti.

Tuesday, April 26, 2011

PENING UNTUK SEBUAH PENINGKATAN

Tahun ini cubaan buat aku semakin hebat rupanya. Dalam kesungguhan membimbing anak-anak dalam sukan catur, aku berhadapan dengan dugaan yang besar. Mana tidaknya, ketiga-tiga anakku telah berjaya mewalkili Malaysia pada tahun ini. Mungkin ia bukanlah perkara baru bagi Azam dan Maisarah tetapi bagaimana pula dengan Munirah ?.

Aku telah berjanji untuk membenarkannya mengikuti kejohanan luar negara jika terpilih mewakili Malaysia. Padaku mungkin agak sukar baginya memandangkan usianya yang baru sahaja menjangkau 6 tahun. Apatah lagi terpaksa bersaing dengan pemain-pemain yang lebih berusia darinya serta sarat dengan pengalaman masing-masing. Nyata telahanku meleset apabila dia telah berjuang bersungguh-sungguh dan akhirnya telah berjaya untuk mewakili Malaysia, bukan sahaja ke kejohanan peringkat asean, malahan asia dan dunia. Jadi aku semakin pening memikirkan bagaimana harus aku mengotakan janjiku padanya. Jika tidak dikota, takut-takut nanti, semangatnya semakin hambar untuk bermain catur lagi......sedangkan aku sangat mendambakan peningkatannya dalam sukan ini..... Untuk sebuah peningkatan inilah yang sedang memeningkan aku......

Tuesday, March 8, 2011

AZAM BUKTIKAN KEMAMPUAN

Special Fide Rated Tour yang telah melabuhkan tirainya pada 6 Mac 2011 yang lalu memberi semangat dan keyakinan baru buat Azam. Azam yang kini sibuk membahagikan masa kerana pada tahun ini akan menduduki UPSR telah berjaya mengharungi ketiga-tiga minggu pertandingan tersebut dengan jayanya.
Dia yang seri dengan Rifqah yang mengumpul rating dunia 1830, seri dengan Chia (2235), menang ke atas Bernard (1950) serta menewaskan Jax (2046) dijangka akan mengumpul rating dunia yang agak tinggi tatkala Persekutuan Catur Dunia akan mengeluarkan senarai terbarunya pada bulan Mei nanti.....SYABAS diucapkan.

Monday, February 21, 2011

WIRA DAN WIRAWATI CATUR SKTBR 1

MUHAMMAD NOOR AZAM MOHAMAD NOOR (TAHUN 6 AMANAH)
  • KE-2, RAPID KEBANGSAAN
  • KE-2 RAPID MERDEKA KEBANGSAAN
  • KE-20 BAWAH 16 TAHUN ASIAN (CHINA)
  • KE-10 SINGAPORE INTERNATIONAL OPEN
  • JOHAN CABARAN MALAYSIA-SINGAPURA

 SETELAH 10 TAHUN MENANTI, AKHIRNYA MALAYSIA MUNCUL JOHAN


ZAINOOR IKMAL MAISARAH MOHAMAD NOOR (TAHUN 3 AMANAH)
  • JOHAN RAPID KEBANGSAAN
  • JOHAN RAPID MERDEKA KEBANGSAAN
  • PINGAT PERAK ASEAN (FILIPINA)
  • KE-9 ASIAN (CHINA)
  • KE-6 SINGAPORE INTERNATIONAL OPEN
  • JOHAN CABARAN MALAYSIA-SINGAPURA