KELUARGAKU

family galery

Tuesday, October 21, 2008

PERTIMBANGAN DALAM KEHIDUPAN

Thursday, October 16, 2008

INFO SUKAN

*PIALA THOMAS

Malaysia sekali lagi akan menjadi tuanrumah Piala Thomas pada tahun 2011. Semoga persediaan ke arah itu telah berjalan dengan lancar dan harapan kita agar kejayaan gemilang akan dapat kita kecapi dan nikmati.

*SELAMAT BERANGKAT

Shaukei Kahar akan menunaikan fardhu haji pada tahun ini. Pemergiaan beliau dirancang pada 28 hb. nanti. Semoga mendapat segala keberkatan ketika menjadi tetamu ALLAH di sana.

*KIBARAN JALUR GEMILANG

Menteri Belai dan Sukan, YB Datuk Ismail Sabri terharu an berbangga ketika melihat seoang warga emas, berkacamata di stadium badminton mengangkat dan mengibarkan bendera negara ketika Datuk Lee Chong Wei mara ke perlawanan akhir ketika di Olimpik Beijing yang lalu.

15 OKTOBER ~9.00 MLM (CORUS HOTEL,AMPANG)

Aku bersama Ybhg Datuk Shahruddin, bekas orang kuat MAS, kini Tabung Haji, Shaukei Kahar, Pengulas sukan yang berada di kelas tersendiri serta Abdullah Sani, yang masih menjadi tunjang kehebatan info sukan di TV3. Antara topik perbualan kami ialah berkisar tentang sukan, terutamanya bola sepak.

Pelbagai info diulas dan dikupas dari segenap penjurunya. Aku tertarik apabila Shaukei bercerita mengenai betapa patriotiknya isi yang terkandung di dada Santokh Singh, James Wong dan rakan-rakan. Santokh da rakan-rakan akan menanggalkan baju dan mencucinya walaupun setakat ala kadar setiap kali selepas latihan. Kerana apa ?..... Kerana di baju itu tersematnya logo persatuan dan bendera kesayagan. Bayangkan betapa semangat kebangsaan terlalu menebal di jiwa mereka.

Kini senario itu bukan sahaja sukar untuk dilihat, malahan juga nilai sehelai baju hanyalah terukur setakat kualitinya sahaja bagi para pemain, tiada lagi makna yang tersirat. Justeru itu kita melihat pemain lebih suka menukar jersey mereka setelah tiupan wisel pnamat oleh pengadil, terutamanya pada setiap kali perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab ternama dunia. Tidak kurang juga ada yang membaling dan menghempas baju bila dikeluarkan oleh jurulatih mahupun ketika menerima kekalahan. Ternyata mata kasar sahaja.

"Supremokh" pernah berkata 'Walau bagaimana hebat dan kental sekalipun lawan, kesungguhan tetap dijelmakan. Pabila jersey kebangsaan tersarung di badan, biar patah sayap bertongkat paruh, MARUAH tetap dipertahankan. Itulah hebatnya semangat pemain dahulu mewakili negara bukan bermakna terzahirnya detik glamour terpampang berita di dada akhbar tetapi bermain kerana mempertahankan maruah negara. Justeru itu negara ASEAN malahan pasukan luar negeri amat menghormati negara pada ketika itu.

Terlalu banyak yang perlu kita lakukan ntuk memulihkankembali prestasi bola sepak kita. Ia aga kompleks tetapi bukan bukan misi mustahil. Ia juga memerlukan masa kerana pembangunan memerlukan kesungguhan, ksungguhan menuntut keikhlasan, keikhlasan terlahir dari perancangan yang jitu. Itulah konklusi dari perbualan yang memakan masa hampir dua jam itu.

Wednesday, October 15, 2008

SAHABAT

Monday, October 13, 2008

UNTUNGNYA JADI SHAH RUKH KHAN

Tahnia Datuk Shah Rukh Khan atas kurniaan datuk oleh Kerajaan Melaka. Alasannya kerana menggunakan tempat bersejarah di negeri itu dalam salah sebuah filemnya. Tidak diketahui pula berapa ribu atau juta orang pelancong dari India yang datang, khususnya setelah mereka menonton filem itu. Tidak juga diketahui sama ada darjah tersebut selaras dengan minat salah seorang vvip terhadap aktor tersebut.

Jika senario ini diambil kira, tidak mustahil selepas ini mungkin kita akan dapat melihat Datuk Jackie Chan pula yang memahatkan namanya di sini. Apa tidaknya, Jackie juga banyak mengunakan latar belakang negara ini dalam filemnya.

Itu hak pemerintah..... Apa kita boleh buat ?....... Jawabnya, tengok je lah. Tapi kan semolek-moleknya kita jadikan anugerah itu sesuatu yang sepatutnya bukan mudah untuk diberi begitu sahaja sebagaimana anugerah sir yang diberikan leh Britain. Bukannya mudah untuk mendapat gelaran tersebut. Lihat sahaja berapa ramai tokoh yang berjaya di sana tetapi berapa kerat pula yang dikurniakan gelaran tersebut. Masih ramai lagi tokoh kita yang banyak jasanya kepada kita malahan ada di antara mereka yang telah tiada lagi di dunia ini. Antaranya allahyarham Sudirman. Mungkin juga Sudirman ketika hayatnya dulu sepatutnya menyanyikan lagu Jasin Road, bukannya Chow Kit Road.

Friday, October 10, 2008

SIAPA BAKAL TIMBALAN PRESIDEN UMNO ?

Mengepalai Kementerian Pertahanan yang di bawahnya berbaris kemas para tentera, tersusun senjata dan kelengkapan lainnya jua kereta kebal , Pak Lah dijangka ramai orang mampu bertahan, sekurang-kurangnya sehingga Jun 2009. Ternyata segala telahan itu meleset. Beliau tidak mampu bertahan sekukuh dan seteguh kementeriannya. Mungkin dalam percaturan dan pelbagai bayangan persepsi, kita lupa bahawa sebenarnya perjalanan hidup kita telahpun diatur olehNYA. Begitu jugalah dengan Pak Lah.

Apa yang menarik kini adalah siapakah yang bakal bersandar di kerusi empuk Timbalan Presiden ?. Mengikut teori dan perkiraan berdasarkan horoskop politik dan politikus ada beberapa orang tokoh berpotensi berdasarkan track record lampau. Antara mereka, aku melihat Muhyiddin lebih selesa walau siapapun bakal mengisi tampuk presiden nanti. Tolak sahaja ke mana pun, beliau tetap berjaya memainkan peranannya. Kerusi ini kerusi mandat, bukannya kerusi yang boleh dibeli dengan gah di gedung hebat Fella Design mahupun secara ansuran di mana-mana galeri perabot.

Apa juga prinsip perjuangan dan siapa juga yang menentang dan ditentang, aku amat berharap agar bangsa kita tidak terpecah serta dipecahkan lagi. Cukuplah dengan tinta hitam yang dipalitkan oleh Karmawijaya dan yang sewaktu dengannya suatu detik dahulu. Mudah-mudahan kita tahu membzakan rentak tari waktu silat dan waktu muafakat. Tiada siapapun akan beruntung jika akhirnya kita sendiri hilang apa yang sedang kita kendong.
Justeru antara yang berlumba menawarkan diri untuk bertanding, siapakah yang layak untuk memimpin sebenarnya ?????????

Thursday, October 9, 2008

CATUR KEHIDUPAN


Kita umpama pawn
dalam pemainan catur
pergerakan agak terbatas
namun atur langkah penuh waspada

Ulama dan Umarak
adalah mewakili para pegawai besar
menyusun strategi dan doktrinasi
mempertahankan agama dan bangsa
agar tidak mati tandus
gersang dan terus pupus

Queen bukan seperti tersurat pengertiannya
seorang wanita ayu nan ditahtakan
tapi adalah bangsa
yang ampuh dan kukuh
Bangsa yang kuatnya berakar hebat
menunjang kemajuan dan sanjungan
memayungi jua membajai
kedaulatan pegangan agama ketuhanan

Harus terus dirumpunkan
segenap inci peranan dan kekuatannya
tanpa sedikit terlelap alpa
biar dalam cerahnya panahan mentari
rintik renyainya hujan membasahi
jua pekat gelapnya malam yang kelam
agar mara kita terus ke depan
sambil kekuatan belakang tidak luntur
mencantas mencincang segenap musuh
bendera bangsa dan agama terus tertegak
mengibas kemas dan utuh di puncak

Jangan sesekali kita bertelagah
penuh maki, cerca, dan ludah nanah
sesama kita yang akhirnya parah
lalu bagaimana mahu memelihara
kesucian bangsa dan agama
yang akhirnya dicheckmatekan petualang
yang megah terkangkang bak jalang
membaham dan terus membaham
akhirnya kita ditanam tika belum ajal
dek mereka yang dajal

Renunglah kawan..... Insaflah teman

BANGSAKU..... MANA ARAHNYA?

Hari ini kita dihidangkan dengan pelbagai hidangan berita. Ada yang enaknya berlemak, tidak kurang juga yang basi dan hangit. Ada yang gempar, terdampar, malah ada juga yang membuatkan pipi kita seakan ditampar.

Hari ini kita dikhabarkan tentang berita anak-anak gadis kita semakin 'pemurah' dengan jalan hidup yang tidak berarah. Bukankah mereka yang kita harapkan untuk mengisi kekosongan warisan Tun Fatimah ?

Makin parah bila kita tercium bauan hanyir beliawan kita yang diimpikan menjadi penyambung buka langkah Tuah, rebah menyungkur angkara tersandung akar-akar ngeri ciptaan diri sendiri. Adakah di saat ini kita masih mahu berhalusinasi ? Masih mahu mengumpul koleksi bumi buat dipamer di muzium peribadi, mengembungkan kocek, membesarkan temolok tanpa sedikitpun kegusaran kepada hala tuju negara, bangsa, dan agama ?

Lupakan sejenak soal parti dan kepartian. Marilah sama-sama kita bersatu dan berpadu tanpa ada wasangka sesama demi memupuk kembali kesedaran bangsa, memperkuatkan negara dan mengutuhkan lagi pegangan agama.

Tuesday, October 7, 2008

SENTAL MINDA


Waktu kecilnya di China, besarnya di Arab.
Menjadi pelengkap kepada adik, kakak, abang, ayah, dan emak.
Di mana-mana dia ada.
Ada dia ada.
Pada tiada pun begitu jua.
Apa ek ????