KELUARGAKU

family galery

Tuesday, March 8, 2011

AZAM BUKTIKAN KEMAMPUAN

Special Fide Rated Tour yang telah melabuhkan tirainya pada 6 Mac 2011 yang lalu memberi semangat dan keyakinan baru buat Azam. Azam yang kini sibuk membahagikan masa kerana pada tahun ini akan menduduki UPSR telah berjaya mengharungi ketiga-tiga minggu pertandingan tersebut dengan jayanya.
Dia yang seri dengan Rifqah yang mengumpul rating dunia 1830, seri dengan Chia (2235), menang ke atas Bernard (1950) serta menewaskan Jax (2046) dijangka akan mengumpul rating dunia yang agak tinggi tatkala Persekutuan Catur Dunia akan mengeluarkan senarai terbarunya pada bulan Mei nanti.....SYABAS diucapkan.

Monday, February 21, 2011

WIRA DAN WIRAWATI CATUR SKTBR 1

MUHAMMAD NOOR AZAM MOHAMAD NOOR (TAHUN 6 AMANAH)
  • KE-2, RAPID KEBANGSAAN
  • KE-2 RAPID MERDEKA KEBANGSAAN
  • KE-20 BAWAH 16 TAHUN ASIAN (CHINA)
  • KE-10 SINGAPORE INTERNATIONAL OPEN
  • JOHAN CABARAN MALAYSIA-SINGAPURA

 SETELAH 10 TAHUN MENANTI, AKHIRNYA MALAYSIA MUNCUL JOHAN


ZAINOOR IKMAL MAISARAH MOHAMAD NOOR (TAHUN 3 AMANAH)
  • JOHAN RAPID KEBANGSAAN
  • JOHAN RAPID MERDEKA KEBANGSAAN
  • PINGAT PERAK ASEAN (FILIPINA)
  • KE-9 ASIAN (CHINA)
  • KE-6 SINGAPORE INTERNATIONAL OPEN
  • JOHAN CABARAN MALAYSIA-SINGAPURA

Monday, August 16, 2010

CATUR RUPANYA BUKAN SEKADAR SUKAN

Genap dua tahun MC mengikuti sukan catur secara dalam dan dekat. Ternyata sukan ini secara sedar atau tidak kian dipaliti warna-warna pudar, dek oleh kononnya pencinta setianya. Sewaktu pemain sedang sibuk bertarung strategi dan mengintai kelemahan lawan, orang tertentu pula sedang sibuk bercaturan di luar medan pertempuran. Ada yang sedang bercaturan untuk mencari faedah kendiri, malahan ada juga yang dalam senyum cuba mencheckmatekan kawan. Lebih malang lagi ada antaranya yang sanggup berbuat apa sahaja asalkan anak-anak rakan baiknya tidak akan terus maju ke hadapan. Biarpun mulutnya manis berbicara namun di belakang lain pula ceritanya.

Thursday, August 12, 2010

REZEKI DAN DUGAAN 2010

ALHAMDULILLAH......Bersyukur aku yang tak terkira kepada ALLAH swt kerana sepanjang berlarinya 2010 ini rezeki demi rezeki dilimpahkan buat keluargaku. Bermula dengan APC aku jUa isteriku. anak2 Yang cemerlang dalam sukan catur d peringkat antarabangsa. Sesungguhnya kejayaan demi kejayaan ini serta rezeki yang menghujani ternyata adalah pemberian yang amat bermakna buat aku sekelurga. Apapun dugaan yang perlu dihadapi oleh kami juga agak hebat. kereta dipecah. beg tangan dilarikan dan jumlah wang yang lesap juga hampir 5k, inilah kehidupan,

Tuesday, July 20, 2010

Akhirnya....

Alhamdulillah.... akhirnya, putera dan puteriku berjaya membuktikan sesuatu. walaupun ia hanya sebagai permulaan namun aku bangga kerana hala tuju mereka seakan di atas landasan yang benar lagi tepat.

Muhammad Noor Azam yang sebelumnya menyarung jersi Selangor pada MSSM di Perlis membuktikan kehebatannya di kejohanan asia di Beijing China dengan mengumpul 4.5 mata, manakala adindanya, Zainoor Ikmal Maisarah berjaya mencuri tumpuan pada kejohanan asean di Filipina dengan pingat perak bagi kategori rapid, sekali lagi membuktikan kehebatannya dengan mendapat tempat ke-9 di Beijing dan menjadi antara pemain Malaysia yang berkedudukan tertinggi di sana

Monday, March 1, 2010

Hulu Selangor Rapid 1, 2010



Penampilan pertama Zainoor Ikmal Munirah (5 Tahun) mencuri tumpuan. Dia yang berjaya mendapat 2 points hasil dua kemenangannya menerima anugerah pemain termuda daripada pihak penganjur. Apa yang membanggakan ialah kedua-dua kemenangan tersebut adalah secara checkmate dan bukannya secara bye. Semoga kejayaan ini akan menjadi dorongan untuknya untuk terus bersemangat untuk mendalami catur selepas ini.



Zainoor Ikmal Munirah sedang menunggu lawannya bergerak sebelum merencanakan sesuatu. Ini adalah antara game yang dilaluinya.


Apa tengok-tengok ?. Macam nak ice cream jaa....

Skyhawk@UM Team Open 2010