KELUARGAKU

family galery

Wednesday, January 11, 2012

Fasa Baru Pada Sebuah Perjalanan Kehidupan

Alhamdulillah...... KUSESS ( Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor ) menjadi destinasi pendidikan peringkat menengah untuk puteraku, Muhammad Noor Azam mencari sebanyak mungkin ilmu. Bukan sahaja duniawi mahupun ukhrawi, malahan juga ilmu tentang kedewasaan. Semoga semuanya akan dapat dipelajari dengan sempurna mungkin.

Mengimbau kembali sejarah perjalanan insan bernama Azam ini, pelbagai warna mencorak kehidupannya. Bermula sebagai seorang budak yang sudah mahir membaca akhbar seawal usia 3 tahun. Dia telah menyertai pelbagai pertandingan membaca, mewarna, bercerita Bahasa Inggeris dan sebagainya. Tiada sekelumitpun ketakutan membaluti hatinya pada ketika itu.

Bermula sebagai seorang murid di SK Bukit Sentosa, Rawang di tahun 1 sehingga tahun 4,  anak kecil ini dibiarkan sendirian bertatih di institusi terasing baginya untuk menuntut ilmu bagi memenuhi dadanya. Alhamdulillah, kurniaan Allah kepada anak kecil ini terserlah bilamana dia menjinakkan diri dalam sukan catur. Berkat kesungguhannya membuat ulangkaji permainan, akhirnya dia telah berjaya mengharumkan nama sekolah, daerah, negeri Selangor dan negara Malaysia.

Ketika di tahun 3, Encik Hasim, mantan GB SKTBR 1 telah melahirkan keinginan dan impiannya untuk membawa anak kecil ini ke SKTBR 1. Malahan kesungguhan dan keikhlasannya ke arah itu diperlihatkan dengan pelbagai kemudahan yang telah ditawarkan jika bersetuju. Hasrat itu dibiarkan sahaja berlalu oleh keluarganya setelah mengambil kira semua perkara. Akhirnya atas dasar ingin memajukan institusi sendiri maka saya telah mengambil keputusan untuk memindahkannya ke SKTBR 1 ketika dia di tahun 5 tetapi tiada satu keistimewaan yang pernah dijanjikan pun yang ditagih di sini.  Cukuplah sekadar ilmu yang diajar difahami sedalamnya oleh anak kecil ini. Saat itu jugalah bermulanya perjalanan kisah hidup Azam di SKTBR 1.

Wednesday, December 14, 2011

Lega Rasanya

Alhamdulillah....Syukur kepada ALLAH S.W.T. Setelah bertungkus lumus sepanjang tahun 2011 ini dengan pelbagai jenis pertandingan di dalam dan luar negeri dan mengumpul beberapa kejayaan yang membanggakan, dapat juga putera ku ini membahagikan masa dengan sebaiknya untuk menghadapi UPSR. Setelah 5A berjaya digenggam, kini perjalanan kedewasaannya bermula di fasa yang seterusnya. Semoga semuanya akan lebih baik di Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor nanti.

Tuesday, April 26, 2011

PENING UNTUK SEBUAH PENINGKATAN

Tahun ini cubaan buat aku semakin hebat rupanya. Dalam kesungguhan membimbing anak-anak dalam sukan catur, aku berhadapan dengan dugaan yang besar. Mana tidaknya, ketiga-tiga anakku telah berjaya mewalkili Malaysia pada tahun ini. Mungkin ia bukanlah perkara baru bagi Azam dan Maisarah tetapi bagaimana pula dengan Munirah ?.

Aku telah berjanji untuk membenarkannya mengikuti kejohanan luar negara jika terpilih mewakili Malaysia. Padaku mungkin agak sukar baginya memandangkan usianya yang baru sahaja menjangkau 6 tahun. Apatah lagi terpaksa bersaing dengan pemain-pemain yang lebih berusia darinya serta sarat dengan pengalaman masing-masing. Nyata telahanku meleset apabila dia telah berjuang bersungguh-sungguh dan akhirnya telah berjaya untuk mewakili Malaysia, bukan sahaja ke kejohanan peringkat asean, malahan asia dan dunia. Jadi aku semakin pening memikirkan bagaimana harus aku mengotakan janjiku padanya. Jika tidak dikota, takut-takut nanti, semangatnya semakin hambar untuk bermain catur lagi......sedangkan aku sangat mendambakan peningkatannya dalam sukan ini..... Untuk sebuah peningkatan inilah yang sedang memeningkan aku......

Tuesday, March 8, 2011

AZAM BUKTIKAN KEMAMPUAN

Special Fide Rated Tour yang telah melabuhkan tirainya pada 6 Mac 2011 yang lalu memberi semangat dan keyakinan baru buat Azam. Azam yang kini sibuk membahagikan masa kerana pada tahun ini akan menduduki UPSR telah berjaya mengharungi ketiga-tiga minggu pertandingan tersebut dengan jayanya.
Dia yang seri dengan Rifqah yang mengumpul rating dunia 1830, seri dengan Chia (2235), menang ke atas Bernard (1950) serta menewaskan Jax (2046) dijangka akan mengumpul rating dunia yang agak tinggi tatkala Persekutuan Catur Dunia akan mengeluarkan senarai terbarunya pada bulan Mei nanti.....SYABAS diucapkan.

Monday, February 21, 2011

WIRA DAN WIRAWATI CATUR SKTBR 1

MUHAMMAD NOOR AZAM MOHAMAD NOOR (TAHUN 6 AMANAH)
  • KE-2, RAPID KEBANGSAAN
  • KE-2 RAPID MERDEKA KEBANGSAAN
  • KE-20 BAWAH 16 TAHUN ASIAN (CHINA)
  • KE-10 SINGAPORE INTERNATIONAL OPEN
  • JOHAN CABARAN MALAYSIA-SINGAPURA

 SETELAH 10 TAHUN MENANTI, AKHIRNYA MALAYSIA MUNCUL JOHAN


ZAINOOR IKMAL MAISARAH MOHAMAD NOOR (TAHUN 3 AMANAH)
  • JOHAN RAPID KEBANGSAAN
  • JOHAN RAPID MERDEKA KEBANGSAAN
  • PINGAT PERAK ASEAN (FILIPINA)
  • KE-9 ASIAN (CHINA)
  • KE-6 SINGAPORE INTERNATIONAL OPEN
  • JOHAN CABARAN MALAYSIA-SINGAPURA

Monday, August 16, 2010

CATUR RUPANYA BUKAN SEKADAR SUKAN

Genap dua tahun MC mengikuti sukan catur secara dalam dan dekat. Ternyata sukan ini secara sedar atau tidak kian dipaliti warna-warna pudar, dek oleh kononnya pencinta setianya. Sewaktu pemain sedang sibuk bertarung strategi dan mengintai kelemahan lawan, orang tertentu pula sedang sibuk bercaturan di luar medan pertempuran. Ada yang sedang bercaturan untuk mencari faedah kendiri, malahan ada juga yang dalam senyum cuba mencheckmatekan kawan. Lebih malang lagi ada antaranya yang sanggup berbuat apa sahaja asalkan anak-anak rakan baiknya tidak akan terus maju ke hadapan. Biarpun mulutnya manis berbicara namun di belakang lain pula ceritanya.

Thursday, August 12, 2010

REZEKI DAN DUGAAN 2010

ALHAMDULILLAH......Bersyukur aku yang tak terkira kepada ALLAH swt kerana sepanjang berlarinya 2010 ini rezeki demi rezeki dilimpahkan buat keluargaku. Bermula dengan APC aku jUa isteriku. anak2 Yang cemerlang dalam sukan catur d peringkat antarabangsa. Sesungguhnya kejayaan demi kejayaan ini serta rezeki yang menghujani ternyata adalah pemberian yang amat bermakna buat aku sekelurga. Apapun dugaan yang perlu dihadapi oleh kami juga agak hebat. kereta dipecah. beg tangan dilarikan dan jumlah wang yang lesap juga hampir 5k, inilah kehidupan,