KELUARGAKU

family galery

Tuesday, January 12, 2010


Tahun 2010 memulakan perjalanannya dengan langkah kanan buat pecatur cilikku, Zainoor Ikmal Maisarah. Ini kerana buat pertama kalinya beliau akan menyarung jersi kebanggaan negara yang bakal bertemankan logo Jalur Gemilang. Beliau adalah antara peserta Malaysia yang bakal beraksi pada kejohanan yang bakal dilangsungkan pada 15 hingga 17 Februari 2010 nanti. Tahniah dan syabas ayahanda, bonda, dan semua sanak saudara ucapkan. Semoga anakanda bakal melakukan yang terbaik demi mengharumkan nama negara yang tercinta...Amin.

0 Comments: