KELUARGAKU

family galery

Thursday, February 4, 2010







Alhamdulillah... Syukur kepada Allah yang telah mengurniakan ku sebuah keluarga yang sebegini. Aku bukannya orang kaya yang hidup dengan limpah ruahnya ongkos, namun aku bahagian kerana kekayaan bagiku adalah harta-harta ku yang tidak ternilai, isteri dan anak-anak ku selain bonda dan sanak saudara. Sesekali melepaskan batuk penatnya kerja bagiku adalah dengan membawa anak isteriku berjalan-jalan. Bagiku, destinasinya tidak semestinya yang mewah nan mahal, cukuplah sekadar ianya tidak akan bakal mengundang bebanan di kemudian hari. Yang pentingnya ialah bagaimana pengisian percutian itu harus dirancang agar ia meninggalkan kesan yang amat hebat untuk anak-anak.

Selalunya, usia ku akan berjalan secara rigid, iaitu kerja pada hari Isnin hinggalah Jumaat dan terkadang Sabtu dan Ahad. Jika ada kelapangan Sabtu dan Ahad pula, akan aku isikan dengan menghantar putera puteriku ke mana-mana sahaja adanya pertandingan catur. Walaupun ianya memerlukan RM, namun demi anak-anak akan cuba kugagahinya jua.

Sehingga ke hari ini setelah dedaun kalendar 2010 terjatuh satu per satu, beberapa kejayaan telah berjaya dilakarkan oleh mereka. Antaranya pada kejohanan Jeram-Kuala Selangor Open, bakal ke NAG di Penang (Mac) dan mewakili pasukan kebangsaan(Feb). Sesekali, jika ada kelapangan sebegini, terasa seronoknya menghabiskan masa bersama keluarga. Membelai anak-anak, bermain bersama, serta melayan karenah mereka amat menghiburkan.

Putera sulungku, Muhammad Noor Azam, kini sudah 11 tahun dan bakal menduduki UPSR pada tahun hadapan. Dia telah kutukarkan ke SK Taman Bunga Raya (1) untuk bersama adindanya, Zainoor Ikmal Maisarah yang kini sudah berada dalam tahun 2. Alhamdulillah, Azam yang sering menjadi antara pelajar terbaik di sekolah lamanya dulu, masih berupaya berada di kelas terawal di sekolah barunya ini, manakala Maisarah juga masih mengekalkan pencapaiannya. Kedua-dua mereka kini adalah pengawas sekolah. Jauh di lubuk hati aku dan isteriku, sehingga ke hari ini, alhamdulillah segala apa yang kami rancang dan hajatkan untuk mereka berdua masih berjalan lancar. Puteri bongsuku, Zainoor Ikmal Munirah (5Tahun) semakin hebat dan menjadi dalam setiap apa yang dilakukannya. Terima Kasih Allah kerana kau telah perkenankan semua doa kami. Dia masih berjaya mengekalkan kedudukan nombor 1 yang telah dipegangnya sedari usianya 3 tahun lagi dan kini pencapaiannya dalam sukan caturpun semakin baik.

0 Comments: