KELUARGAKU

family galery

Friday, October 10, 2008

SIAPA BAKAL TIMBALAN PRESIDEN UMNO ?

Mengepalai Kementerian Pertahanan yang di bawahnya berbaris kemas para tentera, tersusun senjata dan kelengkapan lainnya jua kereta kebal , Pak Lah dijangka ramai orang mampu bertahan, sekurang-kurangnya sehingga Jun 2009. Ternyata segala telahan itu meleset. Beliau tidak mampu bertahan sekukuh dan seteguh kementeriannya. Mungkin dalam percaturan dan pelbagai bayangan persepsi, kita lupa bahawa sebenarnya perjalanan hidup kita telahpun diatur olehNYA. Begitu jugalah dengan Pak Lah.

Apa yang menarik kini adalah siapakah yang bakal bersandar di kerusi empuk Timbalan Presiden ?. Mengikut teori dan perkiraan berdasarkan horoskop politik dan politikus ada beberapa orang tokoh berpotensi berdasarkan track record lampau. Antara mereka, aku melihat Muhyiddin lebih selesa walau siapapun bakal mengisi tampuk presiden nanti. Tolak sahaja ke mana pun, beliau tetap berjaya memainkan peranannya. Kerusi ini kerusi mandat, bukannya kerusi yang boleh dibeli dengan gah di gedung hebat Fella Design mahupun secara ansuran di mana-mana galeri perabot.

Apa juga prinsip perjuangan dan siapa juga yang menentang dan ditentang, aku amat berharap agar bangsa kita tidak terpecah serta dipecahkan lagi. Cukuplah dengan tinta hitam yang dipalitkan oleh Karmawijaya dan yang sewaktu dengannya suatu detik dahulu. Mudah-mudahan kita tahu membzakan rentak tari waktu silat dan waktu muafakat. Tiada siapapun akan beruntung jika akhirnya kita sendiri hilang apa yang sedang kita kendong.
Justeru antara yang berlumba menawarkan diri untuk bertanding, siapakah yang layak untuk memimpin sebenarnya ?????????

4 Comments:

Anonymous said...

I follow, i follow u punya jawapan kepada soalan ini at your next entri, abis citer!

Aloy Paradoks said...

kerusi is HOT now!

unrestmind said...

Hasim bin salleh bakal timbalan presiden umno..inilah kehendak akr umbi..klu x caye tnye pd yg berkenaan..

zainoor said...

TK pada setiap respon. Jawapan pada persoalan ini sangat mudah......Yang menjadi pilihan perwakilanlah. Cuma adakah akan wujud penasihat tersembunyi pada pemimpin kelak? Mudah2an negara ini akan sentiasa dijauhi dari tangan2 yang membinasakan.