KELUARGAKU

family galery

Monday, October 13, 2008

UNTUNGNYA JADI SHAH RUKH KHAN

Tahnia Datuk Shah Rukh Khan atas kurniaan datuk oleh Kerajaan Melaka. Alasannya kerana menggunakan tempat bersejarah di negeri itu dalam salah sebuah filemnya. Tidak diketahui pula berapa ribu atau juta orang pelancong dari India yang datang, khususnya setelah mereka menonton filem itu. Tidak juga diketahui sama ada darjah tersebut selaras dengan minat salah seorang vvip terhadap aktor tersebut.

Jika senario ini diambil kira, tidak mustahil selepas ini mungkin kita akan dapat melihat Datuk Jackie Chan pula yang memahatkan namanya di sini. Apa tidaknya, Jackie juga banyak mengunakan latar belakang negara ini dalam filemnya.

Itu hak pemerintah..... Apa kita boleh buat ?....... Jawabnya, tengok je lah. Tapi kan semolek-moleknya kita jadikan anugerah itu sesuatu yang sepatutnya bukan mudah untuk diberi begitu sahaja sebagaimana anugerah sir yang diberikan leh Britain. Bukannya mudah untuk mendapat gelaran tersebut. Lihat sahaja berapa ramai tokoh yang berjaya di sana tetapi berapa kerat pula yang dikurniakan gelaran tersebut. Masih ramai lagi tokoh kita yang banyak jasanya kepada kita malahan ada di antara mereka yang telah tiada lagi di dunia ini. Antaranya allahyarham Sudirman. Mungkin juga Sudirman ketika hayatnya dulu sepatutnya menyanyikan lagu Jasin Road, bukannya Chow Kit Road.

3 Comments:

Anonymous said...

Kau dan Aku juga bisa mendapat gelaran itu... Cuma masanya ye... kalau ade rejekinya itu jam rambut sudah tuka kaler putih ler..

pilihla... nak Atuk ke, Aki ke, Tukwan ke, grandpa ke, ntah apa2 lagi lah ke...

Aloy Paradoks said...

tahniah buat shah rukh khan, ini membuktikan jasa jasa beliau selama ini di malaysia dihargai oleh pemimpin.

zainoor said...

Semoga pemimpin yang sama juga bisa bermuhasabah untuk mengimbau kembali siapa lagi anak tempatan yang telah menumpahkan keringat dan mindanya buat bumi tercinta ini. Susukan anak dahulu sebelum membotolsusukan kera di hutan. TK