Hari ini kita dihidangkan dengan pelbagai hidangan berita. Ada yang enaknya berlemak, tidak kurang juga yang basi dan hangit. Ada yang gempar, terdampar, malah ada juga yang membuatkan pipi kita seakan ditampar.
Hari ini kita dikhabarkan tentang berita anak-anak gadis kita semakin 'pemurah' dengan jalan hidup yang tidak berarah. Bukankah mereka yang kita harapkan untuk mengisi kekosongan warisan Tun Fatimah ?
Makin parah bila kita tercium bauan hanyir beliawan kita yang diimpikan menjadi penyambung buka langkah Tuah, rebah menyungkur angkara tersandung akar-akar ngeri ciptaan diri sendiri. Adakah di saat ini kita masih mahu berhalusinasi ? Masih mahu mengumpul koleksi bumi buat dipamer di muzium peribadi, mengembungkan kocek, membesarkan temolok tanpa sedikitpun kegusaran kepada hala tuju negara, bangsa, dan agama ?
Lupakan sejenak soal parti dan kepartian. Marilah sama-sama kita bersatu dan berpadu tanpa ada wasangka sesama demi memupuk kembali kesedaran bangsa, memperkuatkan negara dan mengutuhkan lagi pegangan agama.
Kini Masanya...
7 years ago
2 Comments:
hulamak,,,ayat macam wakil pidato sekolah sekolah menengah.
Sekolah menengah pun bukannya yang cikai bro, sekolah menengah yang power tu.......
Post a Comment