KELUARGAKU

family galery

Thursday, October 16, 2008

15 OKTOBER ~9.00 MLM (CORUS HOTEL,AMPANG)

Aku bersama Ybhg Datuk Shahruddin, bekas orang kuat MAS, kini Tabung Haji, Shaukei Kahar, Pengulas sukan yang berada di kelas tersendiri serta Abdullah Sani, yang masih menjadi tunjang kehebatan info sukan di TV3. Antara topik perbualan kami ialah berkisar tentang sukan, terutamanya bola sepak.

Pelbagai info diulas dan dikupas dari segenap penjurunya. Aku tertarik apabila Shaukei bercerita mengenai betapa patriotiknya isi yang terkandung di dada Santokh Singh, James Wong dan rakan-rakan. Santokh da rakan-rakan akan menanggalkan baju dan mencucinya walaupun setakat ala kadar setiap kali selepas latihan. Kerana apa ?..... Kerana di baju itu tersematnya logo persatuan dan bendera kesayagan. Bayangkan betapa semangat kebangsaan terlalu menebal di jiwa mereka.

Kini senario itu bukan sahaja sukar untuk dilihat, malahan juga nilai sehelai baju hanyalah terukur setakat kualitinya sahaja bagi para pemain, tiada lagi makna yang tersirat. Justeru itu kita melihat pemain lebih suka menukar jersey mereka setelah tiupan wisel pnamat oleh pengadil, terutamanya pada setiap kali perlawanan persahabatan dengan kelab-kelab ternama dunia. Tidak kurang juga ada yang membaling dan menghempas baju bila dikeluarkan oleh jurulatih mahupun ketika menerima kekalahan. Ternyata mata kasar sahaja.

"Supremokh" pernah berkata 'Walau bagaimana hebat dan kental sekalipun lawan, kesungguhan tetap dijelmakan. Pabila jersey kebangsaan tersarung di badan, biar patah sayap bertongkat paruh, MARUAH tetap dipertahankan. Itulah hebatnya semangat pemain dahulu mewakili negara bukan bermakna terzahirnya detik glamour terpampang berita di dada akhbar tetapi bermain kerana mempertahankan maruah negara. Justeru itu negara ASEAN malahan pasukan luar negeri amat menghormati negara pada ketika itu.

Terlalu banyak yang perlu kita lakukan ntuk memulihkankembali prestasi bola sepak kita. Ia aga kompleks tetapi bukan bukan misi mustahil. Ia juga memerlukan masa kerana pembangunan memerlukan kesungguhan, ksungguhan menuntut keikhlasan, keikhlasan terlahir dari perancangan yang jitu. Itulah konklusi dari perbualan yang memakan masa hampir dua jam itu.

0 Comments: