KELUARGAKU

family galery

Friday, July 24, 2009

RENUNG-RENUNGKANLAH

"Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagung-agungkan"

"Cinta amat mahal takrifnya, itulah yang difitrahkan oleh Allah SWT kepada hambanya' Cinta hanya tertulis pada perkataan, tapi gagal dilihat pada zahirnya"

"Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaanNya. Cintaku terhadap seseorang adalah kerana perasaan yang diciptaNya"

"Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap, dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat"

"Sesuatu yang berguna tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditakdirkan waktunya"

"Sekeras-keras batu dapat dihancurkan oleh titisan air yang lembut. Begitu jua sekeras-keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata yang lembut"

"Harta yang palinmg berharga ialah sabar, teman yang paling akrab ialah amal, pengawal yang paling berwaspada adalah diam dan ibadah yang indah ialah kyusuk"

"Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan"

"Keagungan peribadi anda terletak pada kesediaan anda untuk memberi buila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat"

"Belajarlah bersyukur ketika meraih keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian"

"Ibarat sekuntum mawar merah ditimpa embun pagi, lalu disirami suria indah bak pelangi, begitulah jiwa murni seseorang manusia"

2 Comments:

Zul-Elle said...

"Merenung bintang di langit, jangan lupa rumput di bumi"
Makna kata, boleh jadi tatkala kamu dok asyik membilang bintang2 nun jauh di angkasa raya yang dok kelip pop kelip pop tu, kamu dah terlupa yang dua kakimu itu tengah dok memijak2 rumput di laman dengan senang lenangnya dah jua mungkin kamu dah terlupa yang kamu masih dok kat planet Bumi dan bukannya marikh! Begitulah adanya......!

zainoor said...

thanks 4 your comment