

Alhamdulillah.... Sedar tak sedar hari ini sudah hari ketiga kita menyusuri ramadhan. Tahun ini anak-anak lebih bersedia untuk berpuasa, terutamanya Puteri keduaku, Zainoor Ikmal Maisarah yang ceria dan kuat sehingga waktu berbuka. Tahun lepas, ketika berumur 6 tahun, dia terkantoi juga satu hari, akibat perasaan kesihan guru tadikanya tatkala melihat dia lembik, selembik lepat pisang. Agak malang juga sebenarnya kerana lakonan mantapnya itu hanya dibalas dengan nasi kosong bertemankan telur goreng yang dicurahkan kicap sahaja. Apapun, hidangan tersebut sudah cukup untuk mencabut kesabarannya untuk menunggu masa yang hanya berbaki 3 jam sahaja lagi ketika itu. Apapun, itu cerita lama, cerita yang akan menjadi kenang-kenangannya suatu hari nanti.
Putera sulungku, Muhammad Noor Azam tidak bermasalah. Mungkin pengalamannya mula berpuasa seawal usia 5 tahun telah mematangkan pemikirannya dalam menghadapi ramadhan. Ketika berusia 5 tahun, hanya miss 3 hari, ketika 6 tahun sudah mula mampu berpuasa penuh, alhamdulillah.
Puteri bongsuku, Zainoor Ikmal Munirah (4 tahun) lain pula karenahnya. Bermula dari hari pertama puasa tahun ini, pingin dikejutkan untuk bersahur tetapi apabila bangun, dia hanya meminta sebotol susu serta telur goreng dan keropok sahaja. Bukan untuk pelengkap bersahur, tetapi buat kunyahan untuk melayan cerita - cerita awal pagi di saluran tv, apatah lagi pada hari pertama puasa cerita yang ditayangkan seawal pagi adalah Nurkasih, cerita yang diminatinya. Dia akan marah seandainya tidak dikejutkan. Tak kisahlah, sekurang-kurangnya dia sudah mula belajar untuk bangun sendiri ketika waktu bersahur.
Esok adalah hari yang amat merisaukan aku kerana putera dan puteri kedua ku akan terlibat dalam kejohanan catur rapid merdeka ages group kebangsaan di Citytel, Mid Valley. Permainan ini memerlukan tenaga yang amat banyak kerana otak diperah seperah-perahnya. Moga-moga mereka dapat melaluinya dengan tenang dan tabah. Mudah-mudahan keputusan yang lebih baik akan diperolehi dari ages group sebelumnya. Pada kejohanan ages group sebelum ini, puteriku mendapat tempat yang keenam manakala puteraku pula mendapat tempat yang kesepuluh.
Dengan lawan yang masih sama ternyata laluan sukar menanti mereka, terutamanya Azam kerana dia seusia dengan Yeoh Li Tian dan Aziz Farhan. Maisarah pula akan menghadapi tentangan Puteri Munajjah, Nur Islamurni, serta peserta dari Pulau Pinang. Apapun, mudah-mudahan ramadhan tahun ini menjanjikan kejayaan yang lebih hebat untuk mereka, Insyaallah.
family galery
Tuesday, August 25, 2009
LARIAN MASA
Posted by zainoor at 11:44 AM 0 comments
Tuesday, July 28, 2009
SEGELINTIR MELAYU MEMANG MUDAH LUPA
Benar kata Tun M, Melayu mudah lupa ! Hari ini kerajaan memutuskan untuk menghapuskan PPSMI. Bukan itu sahaja, malahan turut mengakui kegagalan dasar ini. Cuma dalam kesibukan membahaskan kegagalan dasar ini, ada juga suara-suara sumbang nan serak mengatakan kegagalan dasar ini disumbangkan oleh guru-guru kerana tidak pro aktif untuk mengajar dalam Bahasa Inggeris.
Seorang politikus yang merupakan bekas Adun di Negeri Selangor pernah menghantar sms kepada saya dengan mengatakan bahawa bahasa sangat berkait rapat dengan kuasa. Ertinya, setiap pemimpin Melayu yang ada di segenap lapisan pentadbiran dan mempunyai kuasa wajib memperjuangkan bahasa kebangsaan kita agar sentiasa relevan dan tidak dimuziumkan. Ini tidak, bukan sahaja pakaian dan kenderaan made ini Malaysia ini low-class, malahan juga bahasa kita juga menjadi tidak grand untuk dipertuturkan oleh mereka. Sudah terang lagi bersuluh, mereka terlupa lagi.
Budaya lupa ini sebenarnya bukan baru bertunas, malah sudah berkudis, bernanah, dan berparut di dada orang kita. Jika tidak, masakan setiap kali pilihanraya, pelbagai janji ditabur tetapi setelah berkuasa, janji tinggal janji. Yang peliknya, kita yang di bawah ini masih memilih mereka untuk mewakili kita ? Buang sahaja Melayu pelupa ini dan gantikan dengan Melayu yang mungkin mempunyai daya ingatan yang hebat. Lagipun bukankah insan pelupa tidak layak mentadbir dan memimpin.
Begitulah wahai bangsaku, marilah kita daulatkan bahasa kita. Bahasa yang pernah melahirkan ilmuan, negarawan, angkasawan, hartawan, dermawan, seniman, dan segenap lapisan bangsawan. Walaupun terkadang muncul sedikit setan di tengahnya. Namun kejahatan itu bukanlah kerana bahasa yang dipertuturkan kerana kejahatan biasanya terhasil amat sedikit daripada pertuturan, berbanding dengan isyarat dan gerak badan. Renung-renungkanlah teman sekalian, apa akan jadi jika bahasa sendiri terus dipinggirkan ?.
p/s : Penulis sengaja menggunakan sedikit bahasa asing dalam penulisan yang didominasi oleh bahasa kebangsaan kita. Ini menunjukkan bahasa itu sekadar sekunder sahaja seperti ibu yang boleh dicari berapa banyak yang kita hendak seperti ibu angkat dan ibu mertua tetapi ibu kandung tetap satu.
Posted by zainoor at 8:56 PM 1 comments
Friday, July 24, 2009
RENUNG-RENUNGKANLAH
"Pandanglah kecantikan hanya suatu keindahan yang bukan untuk diagung-agungkan"
"Cinta amat mahal takrifnya, itulah yang difitrahkan oleh Allah SWT kepada hambanya' Cinta hanya tertulis pada perkataan, tapi gagal dilihat pada zahirnya"
"Cintaku kepada Tuhan kerana aku adalah ciptaanNya. Cintaku terhadap seseorang adalah kerana perasaan yang diciptaNya"
"Ilmu pengetahuan seumpama perigi di padang pasir dan bintang di malam yang gelap, dari itu kejarilah ilmu seberapa daya yang dapat"
"Sesuatu yang berguna tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditakdirkan waktunya"
"Sekeras-keras batu dapat dihancurkan oleh titisan air yang lembut. Begitu jua sekeras-keras hati dapat ditundukkan oleh jirusan kata-kata yang lembut"
"Harta yang palinmg berharga ialah sabar, teman yang paling akrab ialah amal, pengawal yang paling berwaspada adalah diam dan ibadah yang indah ialah kyusuk"
"Terbitnya kebaikan dari keburukan dan terbitnya amalan dari pengetahuan"
"Keagungan peribadi anda terletak pada kesediaan anda untuk memberi buila beruntung, untuk memimpin bila berilmu dan untuk membela bila kuat"
"Belajarlah bersyukur ketika meraih keuntungan dan belajarlah tersenyum ketika menghadapi kerugian"
"Ibarat sekuntum mawar merah ditimpa embun pagi, lalu disirami suria indah bak pelangi, begitulah jiwa murni seseorang manusia"
Posted by zainoor at 9:42 AM 2 comments
LADAP
LADAP
Dengan aksi ceramah penuh lakonan, kononnya ingin menunjukkan kesempurnaannya dalam tugasan harian menyebabkan beliau dan rakan-rakannya amat menyampah dengan program tersebut. Lebih-lebih lagi kerana terlalu mengenal peribadi sebenar si penceramah. Apakah barisan pentadbiran telah dibutakan mata mereka untuk mendapatkan penceramah yang lebih berwibawa dari luar atau sengaja berpura-pura mempunyai pandangan yang kabur terhadap respon orang lain kerana si penceramah tersebut merupakan pemuji setia mereka?
Berdasarkan apa yang diceritakan oleh teman saya ini, kesimpulan yang boleh dibuat ialah sememangnya LADAP amat mendatangkan kebaikan jika dilaksanakan dengan mengambil kira keperluan dan keselesaan ramai tetapi jika terdapat unsur keterpaksaan dan segala bentuk kehadiran yang negatif, ia hanya akan menjadi program yang berjaya merenggangkan hubungan kekeluargaan atau dengan kata lainnya program Lanjutan Anak-anak Di bawah Asuhan Pengasuh (LADAP) kerana pada hari cuti sebeginipun anak-anak hanya mampu mendapat belaian dari pengasuhnya sahaja...........Alahai bosannya !!!!!!
Posted by zainoor at 9:25 AM 0 comments
Thursday, July 23, 2009
RAMADHAN BAKAL MENGETUK PINTU KITA
Alahamdulillah....Ramadhan yang telah kita tinggalkan dan rindui sejak setahun yang lalu bakal datang lagi menjenguk kita. Pintu-pintu amalnya yang terbuka bentang luas itu bakal menyemarakkan lagi kesungguhan kita untuk terus beribadah. Sesungguhnya bila tiba detik itu, kita antara makhlukNya yang patut menadah tangan bersyukur kerana masih lagi dipinjamkan nyawa dan dibekalkan nafas agar dapat terus menunaikan pintaNya selagi berpijak di alam ini.
Saat sebegini sememangnya mengingatkan kita tentang kepergian orang-orang yang tersayang dalah hidup kita. Bagiku, saat-saat beginilah yang amat dirasakan olehku yang telah kehilangan kekanda sulungku semenjak 1991 serta ayah tercinta sebermula 2004 lagi....... Sesungguhnya rindu ini terlalu hebat buat diriku... Namun aku mungkin juga seperti insan lain atas tebaran bumi ALLAH ini masih dikelilingi oleh insan-insan tersayang lain yang bisa menemani kita di saat-saat kita memerlukannya. Justeru, jadikanlah Ramadhan kali ini bukan sahaja untuk mendoakan kesejahteraan bagi yang telah tiada, malahan juga untuk terus merafak syukur kerana masih dikurniakan insan-insan yang bermakna dalam hidup kita.
2009 bukan lagi 1990-an, kita telah semakin dewasa dan matang dalam melayari sebuah kehidupan. Semoga kematangan ini akan menjadikan kita insan dan bukannya manusia seperti sebelumnya.
Posted by zainoor at 9:43 AM 0 comments
Monday, April 27, 2009
PENCAPAIAN AZAM & MAISARAH
MUHAMMAD NOOR AZAM (5 AMANAH)
Tahniah kepada Muhammad Noor Azam yang telah berjaya......
1. Naib Johan Bercerita Bahasa Inggeris Pra Sekolah Daerah Hulu Langat (2005)
2. Johan Pertandingan Membaca Pra Sekolah Daerah Hulu Langat (2005)
3. Terpilih sebagai kajian program permata pintar UKM (2005)
4. Johan bawah 12 tahun Hulu Selangor (2008)
5. N.Johan bawah 16 tahun Terbuka Pahang (2008)
6.5.Naib Johan Berpasukan Perpustakaan Daerah Hulu selangor (2008)
7. Ke-10 Terbuka Melayu Malaysia (2008)
8. Ke-5 Terbuka UPSI (2008)
9. Naib Johan Berpasukan MSSD Daerah Hulu Selangor (2008)
10. Ketiga Terbuka Shah Alam (2008)
11. Ke-4 Terbuka Johor (2008)
14.Ke-5 MSSS (2009)
15.Ke-5 Terbuka Shah Alam (2009)
16.Ke-10 National Ages Group (2009)
17.Johan Terbuka Hulu Selangor 1 (2009)
18.Johan Tertutup Hulu Selangor (2009)
19.Naib Johan Terbuka Hulu Selangor 2 (2009)
20.Naib Johan Terbuka Batu gajah (2009)
21.Ketiga Terbuka Kelang (2009)
22. Johan MSSD Hulu Selangor (2009)
23.Johan Berpasukan MSSD Daerah Hulu Selangor(2009)
24.Mewakili Negeri Selangor dalam pertandingan catur MSSM (2009)
24.Naib Johan Bawah 10 tahun Rapid Merdeka, National Ages Group (2009)
25. Johan Tertutup Hulu Selangor Bawah 12 Tahun Lelaki SKTBR (2009)
26. Ke-7 Bawah 12 UPSI open 2009
27. Ke-3 Jeram-Kuala Selangor Open, Under 12 (2010)
28. Johan bawah 11, pearl point ages group (2010)
29. Johan MSSD Hulu Selangor (2010)
30. Johan Rapid Bawah 18 Tahun Hulu Selangor (2010)
31. Ke-3 MSSS (2010)
32. Terpilih mewakili Malaysia VS Singapura (2010)
33. Mewakili Malaysia ke Asia Challange, China (2010)
34. N.Johan Merdeka Rapid, Cititel (2010)
35. N.johan Raid Kebangsaan, UTP (2010)
36. Ke-3 MSSS (2010)
ZAINOOR IKMAL MAISARAH (2 AMANAH)
Tahniah juga kepada Zainoor Ikmal Maisarah kerana pencapaian...
1. Ke-3 Bawah 12 MSSS Hulu Selangor (2009)
2. Ke-2 bawah 9 tahun Terbuka UNITAR (2009)
3. Ke-6 National Ages Group (2009)
4. Ke-3 Terbuka Hulu Selangor 1 (2009)
5. Ke-3 Tertutup Hulu selangor (2009)
6. Best girl tertutup Hulu Selangor (2009)
7. Johan Action Song Bawah 12 Tahun Daerah Hulu Selangor (2009)
8. Mewakili Daerah Hulu Selangor Dalam Kejohanan Catur MSSS (2009)
9. Mewakili Daerah Hulu Selangor Dalam Pertandingan Action Song Peringkat Negeri (2009)
10.Ke-3 bawah 8 tahun Rapid Merdeka, National Ages Group (2009)
11. Naib Johan Bawah 12 Tahun Perempuan Tertutup Hulu Selangor SKTBR (2009)
12.Mewakili Malaysia dalam cabaran Malaysia-Singapore (2010)
13. Ke-3 bawah 9, pearl point ages group (2010)
14. Naib Johan Rapid Hulu Selangor Bawah 18 Tahun (2010)
15. Ke 3 MSSD Hulu Selangor (2010)
16. Mewakili Malaysia ke Kejohanan Catur Asean, Filifina (2010)
17. Mewakili Malaysia ke Asia Challange, China (2010)
18. Ke-3 Kumpulan Umur Kebangsaan, Pulau Pinang (2010)
19. Johan Rapid Merdeka-swenson (2010)
20. Johan Rapid Kebangsaan, UTP (2010)
21. Pingat Perak Kejohanan Catur Asean 2010 (Filipina)
22.ke-9 Asia, Beijing (2010)
ZAINOOR IKMAL MUNIRAH (4 TAHUN)
1. Johan Lumba Lari Tadika Sunshine (2009)
2. Johan Bawa Bola Menggunakan Kon Tadika Sunshine (2009)
3. Anugerah Bayi Comel Hari Ibu Tadika Sunshine (2009)
4. Tempat Pertama Pencapaian Akademik Kelas 4 Tahun Tadika Sunshine.(2009)
...................Dia pun nak juga macam abang dan kakak daaaa.........................
__________________Bila nak main chess daaaa ?_______
Posted by zainoor at 11:29 AM 0 comments
Tuesday, February 10, 2009
Katak era kini
Hari ini tibab-tiba saja banyak katak-katak muncul di bumi kita. Ternyata katak-katak sekarang sudah educated. Pelbagi jawatan yang disandang serta pandai berpidato pula mereka. Yang lebih menariknya, mereka ini bukan sahaj pandai melompat, malahan juga menyembunyikan diri sebelum melompat. Apakah mungkin sebelumnya mereka telah bertapa untuk mendapatkan ilmu lompat melompat ini??????
Suka hati korang lah nak lompat ke, terjun ke, apa ke tapi kenapa korang perbodohkan orang-orang kampung yang bersusah payah mengundi korang?????
Posted by zainoor at 3:28 PM 1 comments


